Fertigasi
berasal dari gabungan dua nama perkataan bahasa Inggeris iaitu fertilization
(pembajaan) dan irrigation (pengairan). Apabila menyebut fertigasi, ia adalah
satu teknologi tanaman yang melibatkan 2 sistem iaitu sistem pembajaan dan
sistem pengairan dimana 2 sistem ini dijalankan secara serentak. Sistem ini
dapat meyalurkan nutrien lengkap terus kepada akar tanpa pembaziran sumber dan
pencemaran alam sekitar.
Gambar 1 : Sistem Fertigasi Tertutup (Gambar hiasan)
Sistem pembajaan dan pengairan membantu usahawan untuk
memastikan setiap anak pokok diberi makanan yang cukup dan seimbang supaya
tanaman berbuah secara sekata. Disamping itu, tanaman menggunakan kaedah
fertigasi dapat menjimatkan kawasan tanah kerana tanaman disemai menggunakan
cocopeat. Oleh itu, banyak pokok dapat dihasilkan menggunakan kaedah ini
berbanding kadah konvensional kerana faktor ruang dapat dijimatkan. Apabila
tidak menggunakan tanah, penyakit akar seperti fusarium, rhizoctonia dan
penyakit layu bakteria dapat dielakkan. Teknologi ini dapat meningkatkan pengeluaran
hasil buah cili antara 3 hingga 5 kali ganda berbanding cara penanaman
konvensional.
Walaubagaimanapun, modal permulaan yang tinggi untuk menanam
secara fertigasi telah membantutkan hasrat ramai usahawan tani untuk
mengaplikasi teknologi ini. Kos tertinggi adalah pembinaan struktur rumah pelindung
hujan (SPH). SPH berfungsi untuk mengelakkan larutan baja menjadi cair apabila
bercampur dengan air hujan. Apabila larutan baja cair, nutrisi yang diberi pada
tanaman menjadi kurang. Jadi, pokok akan kurang sihat dan penyakit mudah
menyerang. Disamping itu, penyakit kulat seperti hawar pucuk dan antraknos juga
menyerang tanaman selepas hujan. Namun begitu, dengan kaedah pengurusan tanaman
terkini, penanaman cili tanpa menggunakan SPH (tanaman terbuka) dapat
dijalankan.
Gambar 2 : Sistem Fertigasi Terbuka (Gambar hiasan)
InsyaAllah, entri akan datang akan mengupas dengan lebih terperinci mengenai fertigasi terbuka yang kami sedang jalankan.
.
0 ulasan :
Catat Ulasan